EDUCATION QUOTES

Education, therefore, is a process of living and not a preparation for future living.
John Dewey

Welcome to the Frontpage
Sistem SJK tak dihapuskan PDF Print E-mail
Written by admin   
Monday, 18 April 2011 01:33

 

Oleh Matzidi Dris dan M Hifzuddin Ikhsan -bharian.com.my - 2011/01/17

NAJIB beramah mesra dengan murid Tahun Enam Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua, Sungai Tapang Hilir selepas merasmikan bangunan baru sekolah itu di Batu Kawa, Kuching, semalam.

Sekolah jamin pembangunan modal insan kreatif, inovatif

KUCHING: Sistem sekolah jenis kebangsaan (SJK) di negara ini tidak akan dihapuskan kerana kewujudannya dapat menjamin pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif, sekali gus mampu menguasai lebih banyak bahasa, selain bahasa kebangsaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan mengiktiraf dan menerima kewujudan semua SJK selari dengan usaha melahirkan lebih banyak modal insan yang cemerlang dan berdaya saing.

Beliau berkata, selain Sekolah Kebangsaan (SK) yang dijadikan sebagai sekolah melaksanakan kurikulum kebangsaan, kerajaan juga mengiktiraf kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Last Updated on Monday, 18 April 2011 01:40
Read more...
 
Masa depan semua kaum termasuk India terjamin: TPM PDF Print E-mail
Written by admin   
Monday, 18 April 2011 01:28

 

Berita Harian- 2011/03/01

 

TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, masa depan kaum India seperti kaum-kaum lain, hanya boleh dijamin oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Berucap pada majlis mesra rakyat di Ladang Bee Yong, Kerdau di sini, beliau berkata, hanya melalui BN sahaja, satu-satunya parti yang lama berjuang membela nasib rakyat bagi memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka.

"Kita tak mahu ada kelompok masyarakat yang dikatakan minoriti seolah-olah mereka ini diabaikan. Saya juga ada perasaan, sebagai pemimpin negara saya ada perasaan.

"Saya mahu lihat kalau boleh setiap kelompok masyarakat kita Cina, Melayu, India dapat hidup bersama-sama dalam keadaan baik dan sempurna. Sebab itu kalau ada isu dan masalah daripada kaum India, ini tak boleh kita (kerajaan) biarkan.

Last Updated on Monday, 18 April 2011 01:40
Read more...
 
SPM 2010: Terbaik Dalam Tempoh Empat Tahun PDF Print E-mail
Written by admin   
Tuesday, 29 March 2011 09:05

Seramai 363 calon berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 214 calon pada 2009 dan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C bagi semua pelajaran juga meningkat iaitu daripada 60,114 calon kepada 68,114.

 

Bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G bagi semua mata pelajaran pula menunjukkan penurunan seramai 104 calon iaitu seramai 2,773 pada tahun lepas berbanding 2,877 pada 2009.

Last Updated on Wednesday, 30 March 2011 01:56
Read more...
 
Pupuk budaya membaca anak PDF Print E-mail
Written by admin   
Monday, 18 April 2011 01:20

Oleh Jami'ah Shukri - Berita Harian - 2011/03/26

DULU rakyat Malaysia hanya membaca dua halaman buku setahun. Kemudian, jumlah itu meningkat kepada dua buku setahun. Itu penemuan hasil kajian Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), hampir enam tahun lalu.

Jumlah itu mungkin sudah lapuk dan tidak relevan lagi kerana zaman sudah berubah, semakin ramai membaca buku lebih daripada jumlah itu. Buktinya, mengambil contoh, Maisarah Thulhuda Mat Jafri, 17, yang dinobatkan sebagai Tokoh Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) Peringkat Daerah Jerantut 2009, sudah membaca lebih 500 buku akademik dan fiksyen hingga meraih gelaran itu.

Apa yang pasti, budaya dan hobi membaca itu belum begitu meresap dalam sanubari semua masyarakat. Hanya segelintir yang suka membaca. Amat jarang dilihat rakyat kita membaca di mana-mana juga lokasinya, apatah lagi ketika menunggu atau berada di dalam bas, kereta api atau Transit Kenderaan Laju Ringan (LRT) berbanding negara maju, tabiat itu tidak janggal dipandang mata.

Last Updated on Monday, 18 April 2011 01:41
Read more...
 
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) PDF Print E-mail
Written by admin   
Monday, 28 March 2011 16:30
Maklumat berkaitan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) boleh dilihat di menu MUAT TURUN atau klik di sini

Harap maklum.
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 12

PMR 2011

PMR 2011 4.10.2011 8:00 -117 Days

Polls

Send Your Children to Tamil Schools
 

Who's Online

We have 4 guests online